• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama PMRAM Bicara Presiden | Kitakah AnsoruLlah Itu?
Bicara Presiden | Kitakah AnsoruLlah Itu? PDF Print E-mail

Firman Allah Taala ;


{ كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ }

“..Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah..” – surah al Imran:110, al Quranul Karim.

Allah Taala berfirman lagi di dalam al Quran ;

 

{ إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ }

“..Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah dahulu telah membantunya (Baginda salallahualaihi wasalam)..” – surah at Taubah:40, al Quranul Karim 


Terlebih dahulu kita menanggapi secara terbuka maksud isyarat ayat ini. Ayat ini menimbulkan persoalan kepada kita, adakah Allah berhajat kepada qudrat kita dalam membantu agama-Nya? Adakah Allah berkehendak mutlak terhadap kapasiti tenaga hamba-Nya untuk membantu risalah Muhammad?

Ayat ini menjelaskan bahawa, andai kita tidak mahu membantu agama Allah Taala, Allah sendiri tidak berhajat kepada bantuan kita. Inilah jawapan kepada persoalan tersebut.

Kita bersyukur kerana diberi peluang untuk memahami Islam dengan baik, belajar di tempat bakal-bakal ulama mencurahkan baktinya, iaitu di Universiti al Azhar. Namun, jika kita tidak meletakkan diri kita selaku pembantu agama Allah, sudah tentu Allah akan menggantikan barisan yang lebih baik daripada kita

Jadilah kita penuntut ilmu yang bekerja untuk risalah dakwah Baginda salallahualaihi wasalam. Adakah urusan dakwah berlaku tanpa perlu bekerja? Rasulullah slallahualihi wasalam sendiri mengatur perencanaan dalam dakwahnya. Baginda pergi ke Thaif, menghantar rombongan bertemu Raja Najasyi, dan seterusnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu Allah Taala.

Sekalipun Allah Taala memberi jaminan kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam untuk membantu risalah Islam, tetapi banyak perkara yang dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam tanpa bersikap malas dan putus asa, agar agama ini dibantu oleh generasi-generasi selepas Baginda.

Rasulullah membina peribadi para sahabat, menjadi tauladan kepada mereka semua dengan nasihat dan amalan. Rasulullah salallahualaihi wasalam tidak berpeluk tubuh dan pasrah menunggu sehingga Allah berkata ‘kun fayakun’, lalu seluruh manusia beriman dengannya. Sekalipun Allah Taala Maha Kuasa untuk melakukan semua itu. Tetapi perkara itu berlaku dengan taktikal dan strategi yang dirancang oleh Rasulullah sehingga dakwah tersebar ke seluruh pelusuk alam.

Khairul Anuar Ismail
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM