| Ceramah Motivasi Kecemerlangan |
|
|
|
|
10 April 2009, Dewan Sri Putra : Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berjaya menganjurkan Motivasi Kecemerlangan di bawah Lajnah Pendidikan & Komunikasi Bahasa dan Lajnah Dakwah BKAWM. Program yang dinamakan E-Masila itu bermula sejurus selepas Kelas Intensif Cepat Hafazan yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Afandi Kabir. Motivasi Kecemerlangan tersebut telah dikendalikan oleh dua orang panel. Panel pertama iaitu Us Hairul Nizam Mat Hussin (Ketua Penasihat BKAWM) merupakan wakil Pengajian Islam.
Manakala panel kedua iaitu Dr Iqbal Munawir Abdul Rashid yang merupakan wakil dari perubatan.
Antara perkara yang disentuh oleh panel pertama iaitu Us Hairul Nizam Mat Hussin ialah berkaitan penguasaan bahasa arab yang kurang baik dikalangan mahasiswa/si Al-Azhar yang menjadi antara punca utama mengapa ramai mahasiswa/si belum mampu untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Beliau juga banyak menceritakan pengalaman juga memberikan tip-tip mengulang kaji saat akhir, menjawab soalan dan persediaan sebelum menghadapi hari peperiksaan. Beliau juga menegaskan bahawa antara perkara paling utama dalam usaha mengecap kecemerlangan dalam peperiksaan adalah dengan menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Kekuatan ruhiyyah sangat penting dan bukanlah kerana peperiksaan baru mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nasihat beliau, banyakkan mengadu dan berdoa kepada Allah SWT kerana Allah SWT itu Maha Mendengar. Peringatan bersama, tinggalkanlah maksiat kerana ia antara punca susahnya kita memahami ilmu kerana gelapnya hati. Dr Iqbal Munawir yang merupakan panel kedua juga banyak memberikan tip-tip menghadapi saat-saat akhir peperiksaan, terutamanya kepada pelajar perubatan. Antara perkara yang disentuh oleh Dr Iqbal ialah, memvariasi atau mempelbagaikan kaedah belajar, perbincangan dan peta minda. Beliau juga mengatakan bahawa penggunaan alat tulis pelbagai warna mampu untuk merangsang kedua-dua belah otak sekaligus memudahkan proses pembelajaran. Progam berakhir dengan jamuan makan malam selepas acara penyampaian cenderahati kepada pembentang Kelas Intensif Cepat Hafazan dan juga kedua-dua ahli panel Ceramah Motivasi.-bkawm2u.blogspot.com |