| Ucapan Yang Dipertua MKKK |
|
|
|
|
Saya menyeru diri saya dan semua anak-anak Kedah di Mesir ini agar tekun dan bersungguh dalam mencapai kejayaan. Kejayaan bukan hanya bersifat lulus tetapi kejayaan yang cemerlang dan mendapat pangkat yang terbaik dalam keputusan peperiksaan. Target adalah perkara yang penting dalam kita mencapai sesuatu. Jadi, dalam usaha mendapat kejayaan perlu kita meletakkan target yang paling tinggi sebagai contoh meletakkan jayyid jiddan atau mumtaz dalam target kita. Dengan target yang diletakkan secara automatik usaha dan tindakan kita juga harus ke arah itu. Melihat kepada silibus peperiksaan Universiti Al-Azhar kini kepada mahasiswa/wi bukan arab adalah semakin ringan. Sebagai contoh subjek Al-Quran telah dikurangkan. Maka kita perlu lebih menyakinkan pihak Al-Azhar bahawa kita boleh. Jadi, untuk subjek yang terpenting ini adalah sesuatu yang wajib kita cemerlang. Mahasiswa/wi, anak-anak Kedah, ahli-ahli MKKK sekalian, Merenung Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan kini begitu mengambil perhatian terhadap golongan agamawan supaya balik bantu kerajaan dalam membangunkan syariat islam.Sekarang ini telah dibuka peluang seluas-luasnya hinggakan menawarkan jawatan didalam Pegawai Tadbir Negeri Kedah(KCS) untuk anak-anak Kedah di Mesir. Bahawa pentingnya golongan akademik islam dalam pentadbiran negeri dalam mencorak masyarakat amal islami. Kejayaan kita bukan lagi tinggal kejayaan, tetapi kejayaan kita, adalah kejayaan islam. Mahasiswa/wi, anak-anak Kedah, ahli-ahli MKKK sekalian, Saya dan kepimpinan MKKK berharap kita satu hati, satu tenaga di bumi Mesir ini dalam membina serta ke arah mencapai segala hasrat yang membawa kebajikan dan kebaikan. Segala kepincangan dan masalah adalah asam garam yang perlu kita tempuhi bersama. Harapan kami pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah agar kita beroleh kejayaan yang terbaik dalam peperiksaan ini. Doakan kejayaan milik kita bersama. Akhukum Fil Islam Sumber: mymkkk.org |