| Ekspo Gempak PMRAM Di Dataran Haiyyu 'Asyir |
|
|
|
|
Pada tahun ini, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengekalkan konsep perayaan seperti tahun lepas, memandangkan sambutan yang diberikan amatlah baik dan pada tahun ini, konsep ekspo sekali lagi diketengahkan bagi menarik minat seluruh penuntut yang berada di buni Mesir ini. Program yang bakal berlangsung selama empat hari itu, bakal menyajikan acara-acara serta pertandingan-pertandingan yang menarik untuk disertai. Pelbagai acara menarik telah diatur seperti Masterful, iaitu perbarisan kontinjen, persembahan wajadiri dan warna-warni malam kemuncak adalah acara yang akan diadakan pada malam persamian. Karnival indoor seperti debat ala perlimen, pidato, berbalas pantun, kuiz dan nasyid, adalah antara yang diadakan dalam ekspo nanti. Di samping itu juga, tradisi sukan outdoor seperti bola tampar, sepak takraw dan ping-pong, akan terus diadakan. Sebarang masalah, bolehlah terus merujuk pada Pengarah Eksekutif EGP 2009, Saudara Jamal Najmuddin bin Sulaiman di talian +20103799695 atau Timbalan Pengarah Eksekutif 1, Saudara Mohd Azlan bin Haji Alias di talian +20109183779 / +20144597007 ataupun Timbalan Pengarah Eksekutif 2, Saudari Samihah binti Abdullah di talian +20111340468. Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi Ekspo Gempak PMRAM 2009, program khusus bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) negara Malaysia kali ke 52. sila layari http://egp-pmram.blogspot.com untuk malumat lanjut.
|