• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama PMRAM DESAK Berjaya Menyerahkan Memorandum Kepada JPMK
DESAK Berjaya Menyerahkan Memorandum Kepada JPMK PDF Print E-mail
Mohandessein 3 November - DESAK berjaya mengadakan pertemuan bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Keherah ( JPMK ) Prof. Dr. Jamil Hashim dan juga beberapa orang pegawai JPMK walaupun mengambil masa yang lama untuk mengatur pertemuan yang amat dinanti-nantikan ini. Temujanji pada pukul 1 tengahari pada awalnya, terpaksa dilewatkan sehingga jam 2.30 petang kerana kesilapan maklumat dan juga beberapa faktor teknikal yang berlaku di bangunan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ( KBMK ).

Delegasi DESAK yang hadir ke bangunan KBMK adalah seramai 6 orang dan diketuai oleh Saudara Adnan bin Wazir selaku ketua DESAK. Namun begitu, hanya seramai 4 orang sahaja yang dibenarkan  untuk mewakili DESAK dalam pertemuan tersebut.

Kehadiran DESAK bertujuan untuk membincangkan perselisihan yang berlaku mengenai program Kutub Sittah serta isu sekitarnya dan juga untuk menyerahkan memorandum mahasiswa dan tandatangan Gergasi  kepada pihak JPMK simbolik kepada suara mahasiswa menuntut 3 perkara  kepada JPMK agar dilaksanakan. DESAK yang mewakili peserta-peserta Kuttub Sittah dan ahli PMRAM, berjaya mengumpul hampir 2500 tandatangan mahasiswa Mesir.

DESAK mengulangi pendirian dalam pertemuan tersebut agar pihak JPMK melaksanakan 3 tuntutan mahasiswa terhadap jabatan tersebut dan tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti berikut:

1) Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.   
2) Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kuttub Sittah.
3) Mengadakan sesi dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa.

Walau bagaimanapun, pihak DESAK mendapati tiada sebarang kata putus dalam pertemuan itu terhadap kesemua 3 tuntutan yang diminta dan bersetuju untuk bertemu mahasiswa dalam siri-siri roadshow berperingkat di seluruh Mesir bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu ini.