Mansurah, 4 Februari - Beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Ketua Badan Ekonomi, Saudara Azlan Alias. turut serta dalam kunjungan tersebut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Zuhaili Saiman dan Timbalan Setiausaha, Abdul Malik Abdul Karim dengan menaiki sebuah kereta. Kunjungan tersebut mempunyai beberapa tugasan yang melibatkan urusan ekonomi dan kebajikan.
Di samping itu, pihak PMRAM sempat bertemu dengan Pengerusi DPM Mansurah, Saudara Amirul bagi membincangkan dan mendengar permasalahan dan aduan yang berlaku di sekitar DPM Mansurah. Pertemuan dengan pihak DPM tersebut juga melibatkan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, Saudara Mohd Labib Abd Jalil serta Timbalan Pengerusi DPM Mansurah, Saudara Asri dan Bendahari DPM Mansurah, Saudara Nuzul Hakimi.Pihak PMRAM turut menziarahi seorang siswi yang mengalami masalah dari sudut gangguan makhluk halus. Menurut Saudara Zuhaili, siswi tersebut merupakan seorang mahasiswa dari negeri Johor, dan pihak beliau akan memperuntukkan masa bagi mengadakan pertemuan dengan BKAN Johor bagi membincangkan masalah tersebut.Ketua Badan Ekonomi, Saudara Azlan Alias mengedarkan tempahan kitab Tafsir Jailani kepada pihak DPM Mansurah sekitar 30 kitab. Hal ini menunjukkan tempahan dan jualan kitab berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik. Justeru, pogram yang bersama Syeikh Fadhil, pentahqiq kitab Tafsir Jailani yang bakal diadakan pada Ahad ini, 7 Februari selepas solat waktu Maghrib dan sedang diuruskan oleh Saudara Zuhaili Saiman, Abdul Malik Abd Karim dan Saudara Azlan Alias. Menurut mereka, iklan akan disebarkan dalam masa yang terdekat.

|