| Road Show Syaqah PMRAM Diteruskan |
|
|
|
Pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM, Saudara Khairul Amri bin Helmi Azhar hari ini memberitahu bahawa lanjutan bagi ROAD SHOW SYAQAH PMRAM bermula pada bulan Februari dan Mac. Beliau merupakan pengarah baru bagi menggantikan Saudara Mohd Rasul Amat yang telah pulang ke Malasyia berkata, penjadualan bagi ROAD SHOW sedang disusun. Menurut perbincangan bersama Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Zuhaili bahawa kempen Misi Syaqah PMRAM melalui Road Show akan dijalankan di seluruh peringkat BKAN dan DPM.
Sebelum musim peperiksaan, Road Show Dana Syaqah telah dijalankan di DPM Shoubra, BKAN Terengganu dan BKAN Johor. Ketiga-tiga Road Show tersebut mendapat sambutan yang amat baik, menurut Saudara Zuhaili. Kini Road Show akan disambung sehingga ke semua BKAN dan DPM bagi menerangkan Misi Syaqah PMRAM setelah Saudara Zuhaili menegaskan bahawa Misi Syaqah PMRAM tidak akan terhenti dan akan meneruskan sehingga PMRAM memeiliki sebuah syaqah sebagaimana yang dirancang.Beliau mengulas lagi bahawa, penjualan barangan dana syaqah akan lebih dipergiat dan kutipan yuran yang tertunggak akan terus dilaksanakan di samping akan ada beberapa gerak kerja susulan bagi mempercepatkan proses pembeliaan syaqah dalam masa terdekat. Berikut adalah Road Show Syaqah PMRAM bagi yang terdekat : 4 Februari (Khamis) - BKAN Perak di Wisma A, jam 7 malam. 10 Februari (Rabu) - BKAN Kedah Hayyu Sabik, selepas Maghrib 16 Feb (Selasa) - DPM ZaqaZiq, selepas Maghrib. Mengenai beberapa BKAN dan DPM lagi, tarikh masih dalam perbincangan. dan segala maklumat terbaru akan terus disalurkan melalui web rasmi PMRAM di www.pmram.org dan blog rasmi dana syaqah di dana-apartmen.blogspot.com |