• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Pengumuman Ceramah Ilmiah Bersama Syeikh Muhammad Fadhil Al-Jailani Al-Hasani
Ceramah Ilmiah Bersama Syeikh Muhammad Fadhil Al-Jailani Al-Hasani PDF Print E-mail

ceramah pmram hitam.jpgPihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2009, julung-julung kalinya akan menganjurkan Ceramah Ilmiah Bersama Fadhilatu Sheikh Dr. Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani At Tailani Al Jamazraqi, iaitu seorang syeikh yang bertanggungjawab dalam mentahqiq sebuah kitab muktabar iaitu kitab Tafsir Jailani yang dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah dan mempunyai 6 jilid kitab. Ceramah tersebut yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 Safar 1431 hijrah, bersamaan dengan 7 Februari 2010 yang akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan ceramah daripada pihak sheikh akan dimulakan selepas sahaja solat fardhu Maghrib diadakan. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Darul Ehsan, Rumah Selangor Hayyu 'Asyir.

Di samping itu juga,  beliau juga akan mendiskusikan sebuah kitab yang berjudul Nahru Al Qader fi Tarjamah Al Qutub Rabbani Sayyid Syariff Abdul Qader Al Jailani Al Hasani Al Husaini ( 470 - 561 H ). kitab tersebut akan dijual di hari tersebut dgn harga LE 35 kuantiti terhad.

Marilah sama-sama kita meramaikan majlis ceramah ilmiah tersebut dan mudah-mudahan di sana ada keberkatan yang akan diganjarkan oleh Allah kepada kita.

03022010168.jpg

 

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM