|
Meninggal akibat masalah jantung dalam usia mencecah 82 tahun.Serangan jantung tersebut dirasai ketika beliau berada di Lapangan terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid di Riyadh untuk kembali ke Kaherah, beliau dibawa segera ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir di sana. Beliau dijemput ke negara Saudi bagi menghadiri majlis anugerah pingat Al-Malik Faisal bagi penerima untuk tahun ini. Beliau memegang jawatan Syeikul Azhar yang ke-43 selama 24 tahun.
|
Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.
Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
|
Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.
|
Syeikh Shihabbuddin dilahirkan di Mesir pada masa kekuasaan Raja Al-Malik al-Dhohir Abi Sa'id. Ia terkenal dengan sebutan "al-Ramli", nisbat kepada desa Rimal, sebuah distrik di Kuwaisina, Manufiah. Ali Mubarak mengatakan bahwa Rimal merupakan kampung kecil, bagian dari Dimyat yang dekat dengan Maniah al-Athor ke arah masjid al-Hadhor.
|
|
Syeikh Tantawi Jauhari adalah satu nama besar di kalangan para mufassirun (ahli-ahli tafsir al-Quran) khususnya pada abad moden. Ini kerana pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat lebih menjurus kepada ilmu sains moden. Ia menunjukkan bahawa ilmu sains tidak dapat diasingkan daripada al-Quran, atau lebih tepat lagi bahawa sains adalah merujuk kepada al-Quran. Ia bukan sekadar kitab suci yang dibaca dan menceritakan tentang perihal urusan agama, urusan amal ibadat atau akidah semata-mata, tetapi juga rujukan kepada ilmu-ilmu moden. Apatah lagi Mesir yang pernah dijajah oleh Perancis, Inggeris yang berusaha untuk menjauhkan rakyat Negara itu yang berada dalam dilemma khususnya untuk mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Penjajahan sudah masuk episodnya yang mencemaskan, apabila rakyat diperbodohkan dengan pelbagai tingkah laku yang jauh daripda pegangan Islam sebenar.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |