• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Isu Semasa
Makalah Tentang Isu Semasa
Krisis Kemanusiaan Di Pakistan Kritikal PDF Print E-mail

kemanusiaan pakistan.jpgTHATTA Pakistan 1 Sept. - Beratus-ratus mangsa banjir yang kelaparan, menyekat sebuah lebuh raya di kawasan selatan negara ini yang dilanda banjir, menuntut kerajaan membekalkan lebih banyak makanan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang 'tiga ancaman' terhadap mangsa yang terdesak.

Sehingga 500 mangsa banjir dari kem bantuan yang dikendalikan kerajaan di bandar Thatta, di wilayah Sindh yang paling teruk dilanda banjir, menyekat jalan raya utama antara bandar karachi dan Thatta selama tiga jam bagi meminta kerajaan membekalkan makanan dan tempat perlindungan.

 
Sensitiviti Generasi Muda Terhadap Isu Semasa : Cabaran Dan Masa Depan PDF Print E-mail

semasa malaysia.jpgMUQADDIMAH

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di barisan hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi  tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang  tua menyanggahiku.

 
Al-Azhar Kecam Gereja Amerika Syarikat PDF Print E-mail

ahmad tayyib 1.jpgKaherah, Mesir – Majlis Syura Al-Azhar akhirnya mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu (12/08/2010) mengenai seruan dari sebuah gereja di Florida AS yang akan menjadikan tarikh 11 September sebagai “Hari untuk Membakar Al-Quran’’. Dalam kenyataan itu, Al-Azhar melihat seruan itu sebagai seruan yang menimbulkan kontroversi dalam dunia masyarakat Islam, Amerika dan negara-negara Arab.

Majlis Syura Al-Azhar mengutuk sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida itu dan mengatakan seruan itu adalah berpunca dari ketidakfahaman mengenai Islam dan nilai-nilainya kerana kecetekan ilmu, penghinaan terhadap agama lain dan sikap tidak berlapang dada.

 
Isu Lesen Judi Bola : Caknakah Mahasiswa Islam? - BKKS PMRAM PDF Print E-mail
Solehuddin.jpgBanyak isu-isu yang telah melanda umat Islam dewasa kini. Tidak kira isu di peringkat dunia seperti isu Palestin, ataupun isu umat Islam di Patani mahupun dengan isu yang berlaku di peringkat negara Malaysia.

Di Malaysia kini, isu judi bola yang menjadi isu hangat diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat, isu ini perlu dipandang serius oleh kita selaku mahasiswa Islam sebagai menyahut sabda nabi :

“Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang permasalahan ummat, mereka bukan dari kalangan kami”. (Hadis Nabawi)

 
Lesen Judi : Menyangkal Tulisan Saudara Mohd Shauki Abd Majid PDF Print E-mail

world-cup-odds1.jpg

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”


Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’. Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 12

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM