|
KAHERAH, 6 September - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dibawah anjuran Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM akan mengadakan Haflah Aidilfitri HATI ’10 PMRAM bertemakan “ Aidilfitri Dirai Ukhuwah Dipatri” yang bertempat di Dataran Haiyyu Asyir pada 18 September 2010 bersamaan 9 Syawal 1431H.
Program yang berkonsepkan Raya Ala Kampung ini bertujuan menghimpunkan seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini sebagai tanda kebersamaan diantara BKAN & DPM terhadap PMRAM, seluruh penuntut dari Pengajian Islam mahupun Perubatan dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
|
|
KAHERAH, 6 September - Stesyen Swasta Televisyen TV3 telah menarik balik siaran iklan yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh negara. Siaran yang memaparkan iklan sempena Hari Raya tahun ini mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
Difahamkan, iklan yang menelan kos penerbitan RM200,000 dan menggunakan Teknik Janaan Pengimejan Komputer atau Computer Generated Imaging (CGI) itu telah menampilkan babak seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki salju Santa Claus.
|
|
KAHERAH, 6 September - Lautan mahasiswa memenuhi Dataran Hayyu Asyir pada hari yang ke 25 Ramadhan.
Program Ihya' Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM) yang berlangsung selama 5 hari berturut-turut itu mendapat perhatian mahasiswa dan mahasiswi yang berada di seluruh pelusuk Mesir.
Hampir 1500 orang memenuhi Dataran Hayyu Asyir bagi menjayakan program pada hari terakhir itu.
|
|
KAHERAH, 4 Sept - Bersempena IHTIRAM 1431 satu majlis khatam Quran telah diadakan. Majlis ini telah diadakan di dataran Haiyyu `Asyir selepas solat asar.
Turut hadir menjayakan majlis ini dan Encik saiful Anuar selaku Kuasa Usaha Sementara KBMK. Dalam ucapannya beliau berkata " Majlis seumpama ini sangat baik diteruskan bahkan wajar mendapat kerjasama semua pihak"
|
|
Alhamdulillah, selaut pujian kita tujukan kepada Allah S.W.T, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W beserta ahli keluarga Baginda yang mulia, seterusnya kepada Para Tabiin, tabi’ Tabiin dan seluruh seluruh umat Islam yang sentiasa gigih menjunjung agama Islam yang hanif ini.
Bahang aidilfitri semakin hampir dirasai, yang menjadi satu hari kemenangan buat umat islam. Satu hari yang penuh bermakna bagi mereka yang Berjaya untuk melepasi Tarbiyyah dan didikan selama sebulan di bulan ramadhan yang mulia.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 76 |