|
ZAQAZIQ, 7 September - Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan barakahNya Majlis Penutup bagi Program Penghayatan Ramadhan 1431 yang telah berjalan sepanjang Ramadan kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini bermula dengan iftor jama'ie selepas solat maghrib dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Al-Fadhil Us Mohd Zainullah Mohd Pauzi.
|
TANTA, 28 Ogos - “Tak Kenal Maka Tak Cinta” itulah pepatah melayu yang selalu diungkapkan bagi seseorang individu atau mungkin juga diguna pakai dalam sesuatu program suai kenal antara dua pihak.
Maka bertepatanlah dengan ungkapan tersebut dengan program yang dianjurkan oleh DPMT malam tadi iaitu Malam Interaksi Pimpinan 2010 (MANTAP ’10).
Tujuan dianjurkan program tersebut adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah di antara pimpinan dan juga ahli Tanta serta mengenali pimpinan lebih dekat lagi.
|
ZAGAZIG, 1 September - Pihak DPMZ telah berjaya menganjurkan iftor jamaie dan satu forum sesudahnya berkaitan Badr Al-Kubra dan Nuzul Quran.
Forum tersebut telah berpanelkan Saudara Mohd Azrul Bin Ismail dan Saudari Nur Ain, iaitu HEWI angkat DPMZ sendiri.
Banyak pengajaran dan peristiwa menarik berkaitan Badr Al-Kubra dan Nuzul Quran telah disampaikan dan diceritakan oleh kedua-dua ahli panel kepada kita.
|
MANSURAH,23 Ogos - Satu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Telah diadakakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) dengan jayanya.
Seramai lebih 80 orang perwakilan dan pemerhati telah menghadiri persidangan Mesyuarat Agung ini.
Sekitar jam 8.30 pagi MAT DPMM telah dirasmikan oleh saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Syeikh Nawawi selaku Naib Setiausaha Agung PMRAM, dalam ucapannya menyebut tentang peri pentingnya seorang muslim untuk berada dalam sebuah organisasi islam bagi memenuhi tuntutan islam itu sendiri.
|
|
ZAGAZIG, 15 Ogos - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 (MAT 17) bagi pimpinan sesi 2009/2010 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi ini dirasmikan oleh wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir, iaitu Saudara Muhammadd Azlan Alias dan Saudara Ahmad Taufiq Dahlan. Untuk agenda pertama, ahli sidang telah melantik 4 orang Setiauasaha Sidang bagi MAT kali ini.
Setelah itu mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat bagi MAT yang lepas. Kemudian, mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan gerak kerja dan muhasabah bagi setiap jabatan dan unit. Pada awalnya mesyuarat kelihatan suram tetapi ia bermula rancak pada sesi petang apabila ahli mesyuarat mula mengajukan lebih banyak soalan dan muhasabah bagi memastikan pihak DPMZ akan lebih ke hadapan pada sesi yang akan datang.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 16 |