|
MUQADDIMAH
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di barisan hadapan.
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
|
|
Kaherah, Mesir – Majlis Syura Al-Azhar akhirnya mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu (12/08/2010) mengenai seruan dari sebuah gereja di Florida AS yang akan menjadikan tarikh 11 September sebagai “Hari untuk Membakar Al-Quran’’. Dalam kenyataan itu, Al-Azhar melihat seruan itu sebagai seruan yang menimbulkan kontroversi dalam dunia masyarakat Islam, Amerika dan negara-negara Arab.
Majlis Syura Al-Azhar mengutuk sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida itu dan mengatakan seruan itu adalah berpunca dari ketidakfahaman mengenai Islam dan nilai-nilainya kerana kecetekan ilmu, penghinaan terhadap agama lain dan sikap tidak berlapang dada.
|
Banyak isu-isu yang telah melanda umat Islam dewasa kini. Tidak kira isu di peringkat dunia seperti isu Palestin, ataupun isu umat Islam di Patani mahupun dengan isu yang berlaku di peringkat negara Malaysia.Di Malaysia kini, isu judi bola yang menjadi isu hangat diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat, isu ini perlu dipandang serius oleh kita selaku mahasiswa Islam sebagai menyahut sabda nabi :
“Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang permasalahan ummat, mereka bukan dari kalangan kami”. (Hadis Nabawi)
|
|

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”
Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’. Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.
|
|
Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 12 |