|
Hukum berkenaan dengan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid bukanlah suatu perkara baru yang perlu di perbesarkan oleh sesetengah media massa, kerana hukum berkenaan dengan masalah ini sudah lama di perbahaskan oleh para ulamak, dan kebanyakkan di kalangan ulamak telah membenarkan bagi mereka yang bukan Islam masuk ke dalam rumah Allah S.W.T yang mulia ini. Adalah ditegaskan bahawa Islam suatu agama yang menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara orang Islam dan orang bukan Islam.
|
|
Doa adalah salah satu bentuk ibadat dalam Islam dan ia berperanan sebagai sikap untuk menzahirkan rasa tunduk dan rendah diri kepada Allah S.W.T. dan sebagai perantara untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. Begitu juga doa adalah salah satu senjata orang Islam ketika dalam keadaan susah dan getir seperti dalam peperangan menentang orang kafir atau ketika kita diserang oleh mereka. Selain itu, kita digalakkan untuk mendoakan kebaikan sesama muslim agar kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T.
|
|
THATTA Pakistan 1 Sept. - Beratus-ratus mangsa banjir yang kelaparan, menyekat sebuah lebuh raya di kawasan selatan negara ini yang dilanda banjir, menuntut kerajaan membekalkan lebih banyak makanan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang 'tiga ancaman' terhadap mangsa yang terdesak.
Sehingga 500 mangsa banjir dari kem bantuan yang dikendalikan kerajaan di bandar Thatta, di wilayah Sindh yang paling teruk dilanda banjir, menyekat jalan raya utama antara bandar karachi dan Thatta selama tiga jam bagi meminta kerajaan membekalkan makanan dan tempat perlindungan.
|
|
MUQADDIMAH
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di barisan hadapan.
Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
|
|
Mahasisawa baru sudah mula membanjiri bumi bertuah Mesir. Sudah tentu didalam benak hati masing-masing terkandung 1001 rencana yang ingin dilakukan disini. Sudah pasti juga keazaman dan juga semangat mahasiswa baru masih segar dan utuh. Itu sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya berada didalam suasana dan persekitaran yang baru membentuk satu ekspresi yang segar samada dalaman mahupun luaran. Tetapi apa yang diharapkan, ia tidak luntur dalam tempoh yang singkat. Belum lagi ‘panas punggung’ berada disini, janganlah macam-macam hal negatif yang kita lakukan
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 25 |