MUQADDIMAH

MANHAL, singkatan Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan, merupakan satu markaz yang bemaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). MANHAL akan bertindak sebagai tempat mengumpul dan mengeluarkan apa jua kajian ilmiah. Di samping itu juga, MANHAL akan terjun ke dalam bidang pengkajian yang berbentuk isu-isu semasa dan berlegar di tengah-tengah masyarakat, sama ada isu tersebut berbentuk tempatan atau antarabangsa.

Di samping mengeluarkan kajian yang berbentuk ilmiah, MANHAL juga akan menjadi tempat penyelidikan dan perbincangan di dalam mengeluarkan pandangan-pandangan dalam usaha memberikan altematif terhadap perkara-perkara yang dikemukakan kepada masyarakat yang tidak bertentangan dengan Islam. sama ada perkara tersebut dalam bidang politik, sosial, ekonomi, atau sebagainya.

Pembentukan MANHAL diasaskan di atas satu bentuk pengurusan organisasi yang teratur dan terikat kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak PMRAM. MANHAL juga akan menjadi lidah rasmi bagi pihak PMRAM dalam mengutarakan pendapat dan mengeluarkan pandangan.

AHLI LEMBAGA PENGARAH


 Pengarah
 Timbalan Pengarah
 Ketua Fellow
 Setiausaha
 Timbilan Setiausaha
 Ahli :  1. Presiden PMRAM
            2. Ketua BPAP PMRAM
            3. Setiausaha Agung PMRAM
            4. 2 orang fellow

AHLI LEMBAGA PENGURUSAN


 Pengumpulan Data
 Penerangan dan Sebaran
 Penerbitan
 Bendahari

KAJIAN ILMIAH


 - Agama Yahudi
 - Nasionalisme dan bahayanya

 - .........

KELUARAN KHAS

Segala tempahan sila hubungi :

No. tel: 202 2631719
E-mail: paz_y2k@yahoo.com

 
 

 

 

 

MOTTO

Di dalam menjalankan gerak kerjanya, para penggerak MANHAL akan berpandukan satu motto yang telah ditetapkan iaitu :

"MEMBENTUK DENGAN ACUAN AL-AZHAR".

 

OBJEKTIF

(1) MANHAL akan menjadi satu markaz untuk menyuarakan kebenaran dalam      semua perkara berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Syariat Islam.

(2) MANHAL akan berusaha untuk menyerikan suasana ilmu di kalangan masyarakat      al- Azhar Malaysia di sini.

(3) MANHAL juga akan berusaha untuk mewujudkan iklim yang bersih di dalam      menyampaikan apa jua bentuk ilmu dan maklumat serta terhindar daripada      sebarang unsur yang kurang sihat dan tidak jelas

(4) MANHAL akan menjadi suara rasmi kepada PMRAM dalam menyuarakan      pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara yang berbangkit.

 

 

AKTIVITI DAN GERAK KERJA

(1) MANHAL akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kajian-kajian ilmiah      berdasarkan keperluan semasa dan ketetapan yang diputuskan oleh Lembaga      Pengarah MANHAL.

(2) MANHAL juga akan menyumbangkan kajian-kajian yang dilakukan sama ada      berbentuk tulisan atau lisan kepada mana -mana pihak yang dirasakan perlu untuk      diketengahkan perkara tersebut.

 

   

 

kembali ke halaman utama[ Halaman Utama ]

 

© Copyright PMRAM All rights reserved