Tue06182013

Last update08:55:06 PM GMT

Pelancaran " Kempen Prihatin Syria " Mendapat Sambutan

KAHERAH, 18 Feb- Sehingga kini, kezaliman yang berlaku di Syria telah memasuki tempoh genap 11 bulan

Krisis yang berlaku di Syria seolah-olah tiada noktahnya. Saban hari kita mendengar ribuan nyawa rakyatnya melayang di tangan rejim Bashar AsadIa merupakan isu kemanusiaan yang perlu mendapat perhatian dan kecaknaan seluruh umat Islam. 
 
Oleh hal yang demikian, pihak PMRAM melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah mengadakan satu majlis khusus untuk melancarkan Kempen Prihatin Syria di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi’e dua hari yang lalu.
 
Majlis Kempen Prihatin Syria tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ahli PMRAM terhadap apa yang telah berlaku di Syria dan juga melancarkan tabung derma Syria.
 
Majlis tersebut dimulakan dengan solat hajat oleh ahli PMRAM berserta doa munajat memohon pertolongan Allah ke atas rakyat Syria.
 
Pada permulaan majlis pelancaran tersebut, Saudara Abdul Malik Abdul Karim selaku penasihat PMRAM telah memeberikan ucapan penerangan berkenaan dengan isu yang berlaku di Syria sekarang.
 
Sebelum ucapan pelancaran Kempen Prihatin Syria dan tabung derma Syria, majlis diserikan dengan deklamasi sajak oleh Saudara Abdul Hadi Jusoh selaku ketua KELAP PMRAM.
 
Dalam ucapan pelancaran, Presiden PMRAM, Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman memperingatkan khususnya kepada ahli PMRAM agar mengambil cakna berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang.
 
Beliau juga memaklumkan bahawa PMRAM bersama-sama beberapa lagi persatuan mahasiswa Malaysia Antarabangsa yang lain sepakat dalam isu yang berlau di Syria sekarang.
Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran tabung derma Syria yang disempurnakan oleh Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku presiden PMRAM.

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}